Friday 14 October 2011

TUGASAN 4

TUGASAN 4

Huraikan kekangan yang perlu dihadapi oleh guru bagi merealisasikan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu melalui TMK dan cara- cara mengatasinya.

Peranan pendidikan dalam abad ini amat mencabar kerana kita menyaksikan ledakkan maklumat yang berlaku secara global dan membawa kepada tercetusnya revolusi dunia ketiga iaitu revolusi era digital atau teknologi maklumat sebagai peneraju dunia yang akan mengubah peradaban dan tamadun manusia. Para pendidik  mempunyai tanggungjawab besar bagi melaksanakan dasar peningkatan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian  dengan perubahan ICT. Penggunaan komputer dalam pengajaran bahasa semakin penting dalam menjana dan memperkembangkan idea dan kreativiti pendidik dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Dalam konteks ini, globalisasi menyebabkan wujudnya konsep dunia tanpa sempadan, konsep liberalisasi maklumat, konsep pembelajaran maklumat, konsep perubahan global dan sebagainya. ( Abd Rahim 2005)

Pengintegrasian teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan satu cabaran kepada dunia pendidikan. Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, bukan sahaja sebagai alat bantu mengajar, tetapi yang lebih penting ia merupakan satu rangsangan terhadap pelajar untuk bertindak, berfikir dan mengaplikasikan dalam menyelesaikan masalah pembelajaran mereka, TMK merupakan satu teknologi bersepadu yang cukup sesuai sebagai wadah dalam merubah dan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

Revolusi maklumat yang berlaku disebabkan oleh kemajuan ICT memberi cabaran  baharu kepada profesion keguruan yang berlaku ini perlu dimanfaatkan untuk mempertingkatkan martabat profesion keguruan yang sedang mengharungi perubahan abad ke-21. Oleh itu, latihan guru Bahasa Melayu juga memerlukan perubahan paradigma bagi melahirkan guru-guru yang berkelayakkan dan berkebolehan mendidik serta membangunkan masyarakat dan negara.

PENGENALAN

Teknologi maklumat merujuk kepada penggunaan pelbagai item dan keupayaan dalam penciptaan, penyimpanan dan penyebaran maklumat. Pada masa kin, istilah teknologi maklumat telah diperluaskan kepada Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau dikenali sebagai TMK.

Grove et al. (2004) menyatakan nilai teknologi di dalam bilik darjah telah menimbulkan isu dan perdebatan dalam kalangan ahli teknologi pendidikan. Malah sejarah telah membuktikan, melalui kenyataan Winston Churcil iaitu empayar di masa depan ialah empangan pemikiran dan minda. Untuk mengembangkan pemikiran dan minda pelaja,r khusunya pendekatan pengajaran dan pembelajaran di sekolah perlu digubah kepada pemikiran penyelidikan, mengumpul maklumat, menganalisis data ke arah menggalakkan kreativti dan motivasi pelajar.

Oleh hal yang demikian, penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, merupakan satu usaha yang mampu mengubah persepsi pelajar terhadap pembelajaran Bahasa Melayu. Ini selaras dengan pihak kerajaan yang menyedari hakikat akan kepentingan teknologi maklumat ke arah menggerakkan Malaysia menongkah wawasan negara. Lalu pihak kerajaan telah mengambil inisiatif untuk terus memperkembangkan teknologi komunikasi ini dengan menubuhkan Projek Koridor Raya Multimedia (MSC)yang telah dilancarkan pada 1 Ogos 1996 dalam persidangan Multimedia Asia.Sejajar dengan ICT juga, kerajaan telah menubuhkan  Sekolah Bestari pertama, bertempat di Putrajaya yang telah memperlihatkan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mentransformasikan pendidikan agar bangsa Malaysia abad ke 21 ini bukan sahaja menguasai teknologi maklumat malah berupaya merealisasikan Wawasan 2020.


KELEBIHAN TMK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU.

Penghasilan media pengajaran ( instructional media) dengan teknologi ICT dan penggunaannya dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu kini telah menjadi satu standard intergrasi teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran..Penggunaan TMK dalam  Bahasa Melayu bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan proses pengajaran dan pembelajaran..

Antara kelebihan TMK ialah pelajar lebih mudah mempelajari bahasa dengan menggunakan perisian pembelajaran yang terdapat dalam CD. Pemilihan konsep ini dilihat signifikan apabila guru menggunakan CD yang debekalkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum atau yang  terdapat di pasaran bagi membantunya mengajar.

Pengajaran dan pembelajaran melalui TMK,  adalah berpusatkan murid iaitu pelajar boleh mempelajari Bahasa Melayu menggunakan komputer tanpa kehadiran guru. Pelajar – pelajar ini boleh menggunakan ejen pencari (seperti Google) untuk mencari maklumat atau fakta – fakta ketika hendak menulis karangan. Penggunaan komputer dalam pembelajari Bahasa Melayu menjadikan pembelajaran secara aktif, menggalakkan penerokaan serta inkuri penemuan. Pelajar turut mempelajari cara menulis karangan dengan ,menggunakan pemprosesan perkataan (Microsoft Word).

 Selain itu, kekuatan penggunaan komputer dalam pembelajarannya yang lebih luas, mendapat maklum balas segera melalui pendekatan interaktif dan membolehkan simulasi pengalaman pembelajaran dilakukan secara terus. Era teknologi maklumat, World Wide Web (WWW) telah mejadikan internet lebih mesra pengguna di mana ia dapat mengintergrasikan grafik, teks dan bunyi ke dalam satu halaman paparan.Untuk menjengah maklumat-maklumat terkini dalam apa-apa jua aspek, pengguna internet hanya perlu menggunakan hujung jari dan menekankan kata kunci pada papan kekunci.Secara ringkasnya kecanggihan dan keupayaan teknologi maklumat telah memudahkan komunikasi dua hala sesama manusia

Bukan itu sahaja, malah pelbagai animasi, audio dan grafik yang terdapat dalam bahan pembelajaran Bahasa Melayu mampu meningkatkan minat dan pemahaman para pelajar untuk mempelajari Bahasa Melayu dengan mendalam.

Pendidikkan sedunia mara setapak ke hadapan dengan membolehkan pendidikan jarak jauh dilaksanakan. Pelajar-pelajar yang mengikuti sistem ini tidak perlu menghadiri kuliah di instituisi pengajian tersebut. Asalkan ada sambungan internet, mereka dapat mempelajari kursus yang diambil tanpa mengira masa dan tempat. Perkembangan ini telah membuka lebih banyak peluang pendidikan dan seterusnya akan melahirkan masyarakat yang mahir dalam teknologi maklumat.

Kebolehan kita menggunakan sebaik-baiknya alat-alat dan saluran-saluran teknologi maklumat ini seperti komputer, mel elektronik, pencarian maklumat on-line, multimedia dan lain-lain teknologi berkaitan dikatakan berupaya menjadikan manusia itu lebih produktif, efisyen dan berkualiti.


KEKANGAN DALAM PELAKSANAAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU TMK

Terdapat beberapa kekangan yang dihadapi oleh guru dalam menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut Ellington,Percivel dan Race (1993) menyelaraskan bahawa penggunaan komputer dalam pendidikan mempunyai beberapa kekuatan dan kelemahan tersendiri yang mana lebih berasaskan sebagai satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang lebih menekankan peranan individu.

Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu terdapat beberapa kekangan yang dihadapi oleh guru-guru. Antaranya teknologi maklumat dan komunikasi ini memerlukan guru – guru yang celik computer. Masih terdapat guru yang tidak mahir dalam mengendalikan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer disebabkan kurang latihan. Lebih membimbangkan ialah usaha mereka bentuk bahan pembelajaran berasaskan komputer memerlukan kemahiran yang tinggi. Penghasilan media pengajaran dan pembelajaran interaktif memerlukan pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai perisian, misalnya, Office, audio editor, video editor, grafik editor , converter dan e Learning editor (alat pengarangan)

Guru-guru yang tidak memahami nilai penggunaan teknologi maklumat ini menyebabkan mereka malas untuk belajar serta mendalami  ilmu teknologi maklumat. Penggunaan teknologi maklumat seolah-olah memberi satu bebanan kepada mereka ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Menurut Norizan Abdul Razak(1997) dalam kajian kesediaan guru menggunakan teknologi maklumat dalam pengajaran bahasa membuktikan bahawa guru-guru masih ragu-ragu dan takut untuk menggunakan komputer dalam pengajaran mereka

Kekangan dalam menghabiskan silibus juga menyebabkan guru- guru kurang menggunakan TMK dalam pengajaran Bahasa Melayu atas dasar sebagai menyediakan pelajar- pelajar untuk mengahdapi peperiksaan di sekolah. Selain itu, guru-guru juga menghadapi masalah dalam pengajaran berbantukan komputer kerana banyak masa diperlukan  dalam menyediakan bahan media interaktif.

Memang tidak  dinafikan penggunaan komputer dalam pengajaran dapat menarik minat pelajar terhadap Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, hanya pelajar yang pandai saja berminat dalam pengajaran apabila guru menggunakan komputer di dalam pengajarannya. Bagi pelajar yang lemah, mereka kurang menunjukkan minat dalam pembelajaran bahasa apabila guru menggunakan komputer.Kebanyakan pelajar-pelajar yang lemah dalam pembelajaran merupakan anak-anak orang yang susah dan rata-rata mereka ini tidak mempunyai komputer di rumah. Hal ini menyebabkan mereka tidak biasa dengan ICT dan tidak mahir menggunakan komputer. Secara tidak langsung pengajaran dan pembelajaran bahasa yang menggunakan TMK menjadikan mereka bosan dan tidak berminat



Selain itu, dalam kemahiran Bahasa Melayu yang merangkumi kemahiran lisan, membaca dan menulis, penggunaan komputer hanya sesuai untuk kemahiran membaca sahaja. Malah ada yang berpendapat penggunaan komputer dalam mengajar karangan tidak begitu sesuai dan murid tidak dapat diuji untuk  menggunakan tulisan mekanis dan tulisan berangkai jika pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu menggunakan komputer.Tidak hairanlah kita dapati sejak kebelakangan ini kebanyakan murid-murid sekolah dan pelajar-pelajar di sekolah menengah mempunyai tulisan yang agak buruk atau tulisan cakar ayam.

Di samping itu, komputer yang digunakan di sekolah sering rosak dan ketinggalan dari segi kapasiti dan teknologi. Keadaan ini ditambah pula dengan masalah sistem selenggaraan komputer yang tidak cekap di sekolah.Malah kos untuk menyelenggarakan kelengkapan komputer atau LCD ini sangat tinggi dan kadang-kadang pihak sekolah tidak mampu untuk membayarnya.

 Hakikat yang tidak boleh dinafikan dan menjadi kekangan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu melalui TMK ialah sejak diperkenalkan program PPSMI , mata pelajaran Matematik dan Sains serta Bahasa Inggeris telah mendapat keutamaan dalam penggunaan bilik atau makmal komputer di sekolah. Dalam masa yang sama guru – guru Bahasa Melayu tidak dapat menggunakan makmal atau bilik komputer kerana sering digunakan oleh kumpulan pelajar yang lain.

Akhir sekali kekurangan prasarana serta sumber kewangan yang tidak mencukupi adalah antara kekangan – kekangan yang dihadapi oleh guru – guru Bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran melalui TMK. Malah bagi sekolah –sekolah di kawasan pedalamanseperti Sabah dan Sarawak, masih lagi tidak mempunyai bekalan elektrik dan hanya menggunakan kuasa generator. Jadi ini juga merupakan kekangan atau masalah yang dihadapi oleh guru – guru dalam pengajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer. Penggunaan modul pembelajaran  dalam bentuk CD-ROM, multimedia, simulasi dan sebagainya memerlukan prasarana yang sesuai dan mencukupi.
CARA-CARA UNTUK MENGATASI KEKANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU MELALUI TMK.

            Cabaran –cabaran globalisasi menuntut agar negara membangunkan sumber manusia yang terdiri dari golongan pendidik yang seharusnya mempunyai cirri-ciri celik dan mahir dalam ICT yakni mampu bersaing pada peringkat tempatan dan pada peringkat global, bahkan memiliki jati diri dan daya saing yang tinggi. Oleh itu, terdapat beberapa cara bagi meningkatkan lagi penggunaan komputer dalam pengajaran Bahasa Melayu.

            Untuk menjayakan pelaksanaan penggunaan TMK lebih berkesan, kemudahan infrastruktur ICT perlu disediakan dan dirancang dengan baik agar sesuai dengan pembelajaran. Kemudahan ICT dapat membantu pelaksanaan kurikulum dengan lebih berkesan. Pembelajaran bukan lagi tertumpu dengan kaedah pengajaran di bilik darjah semata-mata.

Malah penggunaan teknologi ICT perlu dieksploitasi sepenuhnya supaya memberi kesan yang positif dalam bentuk CD-ROM, multimedia, simulasi dan sebagainya memerlukan prasarana yang bersesuian.

Selain itu, latihan pendidikan guru terutama dalam aplikasi komputer juga memerlukan perubahan paradigma bagi melahirkan guru-guru Bahasa Melayu yang mahir dalam ICT.

            Di samping itu, wujudkan jurang kerjasama antara panitia atau sekolah dalam Pejabat Pelajaran Daerah serta Jabatan Pendidikan Negeri dalam usaha meningkatkan penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

            Pelan tindakan berkaitan dengan inovasi teknologi ICT perlu dirangka dan mencorakkan anjakkan baru dalam reformasi pendidikan dan pembentukan sekolah berkesan.

KESIMPULAN

            Dalam era dunia tanpa sempadan ini,  guru dan pelajar perlu menggunakan setiap teknologi yang ada agar tidak ketinggalan khususnya di dalam bidang pendidikan yang banyak menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

            Satu dasar yang jelas amat diperlukan bagi memastikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran betul-betul memberi kesan yang baik untuk semua guru dan pelajar. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu harus menekankan kepada aspek pedagogi dan bukan hanya teknologi semata- mata.

            Keberkesanan penggunaan teknologi maklumat amat bergantung kepada sikap  keterbukaan guru- guru menerima teknologi maklumat dan elemen pengajaran dan pembelajaran yang dirancang oleh mereka. Dalam usaha malahirkan guru yang mahir menggunakan komputer dan internet, latihan yang berkesan perlu diberi kepada guru- guru. Untuk mencapai kajayaan dalam sesuatu inovasi dalam pendidikan seharusnya penglibatan para guru di awal – awal sepatutnya telah diketengahkan.

           Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu kini sedang mengalami zaman yang penuh cabaran. Namun aspek pengajaran perlu diberikan perhatian dengan menekankan penguasaan kemahiran bahasa yang diajarkan.Walau bagaimana pun. Teknologi maklumat dan komunikasi seolah-olah satu paradoks, adakalanya memberi manfaat dan adakalanya membinasakan manusia. Justeru, kemajuan teknologi ini haruslah digunakan dengan berhemat dan bijaksana agar terbentuk tamadun manusia yang tinggi akhlak, sahsiah dan intelektual.

Monday 3 October 2011


TAJUK 9 : Mengedit Bahan Pengajaran Bahasa Melayu Secara Atas Talian Menjadi Brosur, News Letter, dan Kad Pengumuman

Pengenalan
  • Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pengeditan merupakan satu proses mengedit. Proses mengedit ini berkait rapat dengan kaedah melakukan penyuntingan terhadap bahan iaitu sama ada melakukan pengubahsuaian, penambahbaikan.

Prosedur pengeditan
  • Pengeditan ini boleh dilakukan secara atas talian sama ada Brosur, News Letter dan Kad Pengumuman. Bagi pengeditan bahan menjadi brosur boleh dilakukan dengan mengikuti langkah-langkah mengedit menggunakan talian internet.

Langkah-langkahnya ialah:



Langkah 1 & 2

Langkah 3

Langkah 4

Langkah 5

Langkah 6

Langkah 7

Langkah 8

Langkah 9 ( langkah akhir)
M+9+8.PNG (578×90)

TAJUK 8 : Pengajaran Bahasa Melayu Secara Atas Talian Dan Luar Talian Pengajaran secara atas talian merupakan pengajaran yang diajar yang menggunakan

Pengenalan


  • Pengajaran secara atas talian merupakan pengajaran yang diajar yang menggunakan kemudahan internet iaitu berhubung dengan internet. Pengajaran ini dilakukan secara langsung menggunakan bahan-bahan yang terdapat dalam internet .
  • Berbeza pula dengan pengajaran luar talian yang boleh didefinisikan sebagai “offline”. dimana tiada penggunaan internet tetapi boleh digunakan hal ini bermaksud pengajaran tersebut menggunakan bahan dari internet. Namun ia tidak menggunakan secara langsung daripada hubungan dengan internet.
  • Seringkali bahan luar talian ini didapati dengan cara memuat turun dan disimpan di dalam sati fail. Kebiasaannya, kaedah ini digunakan selepas terdapatnya kekangan untuk menyambung talian ke komputer pengguna.


(i) Dapat mengakses bahan dengan cepat


(ii) Kepelbagaian bahan di internet
(iii) Meningkatkan kemahiran ICT dalam kalangan guru dan murid dalam mencari bahan.
Bahan yang boleh didapati daripada internet sepanjang proses P&P atas talian ialah:




Melaksanakan simulasi pengajaran atas talian
Set Induksi

Langkah 1

Langkah 2

Langkah 3

Penutup

Melaksana Simulasi Pengajaran Atas Talian Dan Luar Talian Dengan Menggunakan Laman Web Dan Tapak Pembelajaran.
LANGKAH
PERKARA
Langkah 1
Guru mengadakan ulangkaji tatabahasa kepada murid
Langkah 2
Mencari soalan di internet
Langkah 3
Guru bersoal jawab dengan murid dan murid melakukan
perbincangan bersama rakan berkaitan soalan yang telah dijawab
Langkah 4
Mengadakan latihan berkumpulan mencari maklumat mengenai tatabahasa untuk dibuat karangan



TAJUK 7 : Mengaplikasikan Model Pemprosesan Maklumat Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Pengenalan


Bengkel Model Pemprosesan Maklumat


Terdapat prinsip-prinsip yang harus dipatuhi dalam pemprosesan maklumat ini agar maklumat yang didapati dalam keadaan yang baik
Prinsip pemprosesan maklumat


Empat proses yang terlibat dalam pemprosesan maklumat




Terdapat dua jenis ingatan yang membantu proses ingatan berfungsi iaitu:
(i)  Ingatan jangka pendek
(ii)  Ingatan jangka panjang
Proses Ingatan jangka pendek




Proses Ingatan jangka panjang

Aplikasi model pemprosesan dengan menggunakan tapak pembelajaran.
Guru-guru yang hendak mengajar murid-murid menggunakan tapak pembelajaran haruslah menunjukkan cara-cara menggunakan tapak pembelajaran tersebut kepada murid. Hal ini membantu murid-murid mengingati bagaimana tapak pembelajaran itu digunakan agar membolehkan murid-murid menggunakannya untuk P&P yang seterusnya.
Contoh-contoh tapak pembelajaran

Contoh langkah atau cara penggunaan tapak pembelajaran :
Langkah 1 :
Membuka laman web yang diingini iaitu laman web tutor. Laman ini sering digunakan guru bagi sesi P&P .




Langkah 2 :




Anda dikehendaki menekan atau klik pada kotak bertulis Bank Soalan dimana telah berpautan dengan soalan-soalan yang telah dikumpulkan. Soalan-soalan yang merangkumi soalan-soalan bagi tahap sekolah menengah dan sekolah rendah. Bagi sekolah rendah harus memilih soalan bagi sekolah rendah. Contohnya :


Langkah 3 :
Pada langkah ketiga, setelah memilih tahap soalan, anda seterusnya memilih mata pelajaran yang diingini. Sebagai contoh mata pelajaran Bahasa Melayu.

Langkah keempat:
Setelah itu, anda boleh memilih kertas model yang dingini. Bagi setiap kertas model yang disediakan mengandungi dua jenis soalan iaitu kertas 1 bagi soalan pemahaman dan tatabahasa. Manakala kertas dua pula mengenai esei. Sebagai contoh seperti di bawah:

Langkah kelima:
Soalan akan berbentuk PDF format seperti di bawah: